Al-kisah Terlalu

1. Terlalu LAMA BERDIRI - Merosakkan tulang. Urat-urat sekitar kaki menjadi kembang.

2. Terlalu LAMA DUDUK - Merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh menjadi kendur.

3. Terlalu LAMA MELIHAT - Merosakkan darah. Darah haid menjadi lebih kotor dari biasa.

4. Terlalu BANYAK TIDUR - Merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh jodoh. Selalu berangan-angan. Urat-urat sekitar rahim menjadi tidak kuat. Mudah dijangkiti kemandulan.


5. Terlalu RIANG/GEMBIRA - Merosakkan usus.

6. Terlalu KERAP MARAH - Merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.

7. Terlalu BANYAK BERFIKIR - Merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut. Haid tidak menentu & dalam waktu tidur kerap mengalami sentakan kaki atau tangan. Kesihatan rahim dan sekitarnya mudah terjejas.

8. Terlalu BANYAK BERSEDIH - Merosakkan jantung.

9. Terlalu MERANA - Merosakkan paru-paru.

10. Terlalu TAKUT - Merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.

11. Terlalu KERAP TERKEJUT - Merosakkan pundit hempedu. Gejala pening kepala kerap dialami. Haid menjadi tidak menentu dan kadangkala pendarahan terlebih.

12. Terlalu BANYAK MAKAN - Merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk. Liang vagina kurang bersih ( semakin banyak 'ragam' lauk/makanan yang dimakan dan semakin terjejas kesihatan)

13. Terlalu BANYAK MINUM AIS - Merosakkan otot & lambung. Badan dan payudara menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit dan tidak kelihatan awet muda.

14. Terlalu BANYAK MASA LAPANG - Merosakkan fikiran. Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan suka berkhayal dan menimbulkan pelbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dengan akitiviti hidup positif.

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© ʞɔnlɹǝpɔ | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO