Showing posts with label tutorial. Show all posts
Showing posts with label tutorial. Show all posts

Tutorial memainkan game flash online dari internet secara offline

aku bagi tips untuk men game internet secara offline..yang blum tau bleh try..free je.

1. Buka salah satu game yang ingin di-download dari halaman game flash online (misal dari:http://www.onlinegamesflash.com,
http://www.flash-games.net, http://www.games.co.id, dan sebagainya),
2. Copy alamat detail url
3. Buka halaman File2HD http://www.file2hd.comt
4. Paste alamat detail URL game tadi di tempat yang telah disediakan di laman File2HD, pilih filter = Objects, trus Tick "I have read and agree to the Terms of Service" kemudian Klik Get Files.


cari file yang ber-ekstension SWF, download file tersebut dengan cara klik kanan -> save link as (Mozilla) / save target as (Internet explorer), untuk IDM copy link yang berekstension SWF lalu di paste di "add url "




Untuk menjalankan file swf kamu boleh menggunakan pelayar (yang telah ada plugin flash playernya), tetapi akan lebih baik kalau menggunakan flash player khusus, misalkan menggunakan software percuma (free) seperti SWFOPENER
Download SwfOpener (380 Kb)
Setelah di download, open, dan cari lokasi simpanan game flash yang kamu download tadi.




Selamat mencuba:)
Tag : , , ,

Transfer wang guna bank online(libertyreserve)

Liberty Reserve

merupakan sebuah bank automatik yang menggunakan sistem pengkalan data sepenuhnya dan menggunakan Dolar US sebagai dasar nilainya. Ianya berfungsi untuk menerima wang pindahan atau menerima bayaran daripada orang lain. Sistem keselamatan Liberty Reserve amat ketat, ianya bagaikan sebuah peti besi yang boleh dipercayai dan rahsia. Bayaran-bayaran adalah muktamad dan tidak boleh diubah sama-sekali (pengguna harus berhati-hati ketika membuat pindahan agar tidak tersilap akaun). Nilai Dolar yang digunakan Liberty Reserve adalah mengikut nilai
semasa matawang USD dan boleh digunakan untuk perdagangan antarabangsa. Anda boleh membuat pindahan atau penerimaan wang hanya dalam beberapa minit sahaja, tidak kira dari sesiapapun dan dimana saja ia berada.

Akaun Liberty Reserve adalah percuma dan untuk membuka akaun Liberty Reserve, sila ke:
Libertyreserve.com

Isikan segala maklumat yang terdapat pada borang Liberty Reserve dan anda akan menerima nombor akaun anda melalui E-Mail hanya dalam beberapa minit sahaja.




Online Money Exchanger


Anda memerlukan sedikit modal dan menggunakan Liberty Reserve sebagai
akaun perantaraan anda, dan nilai baki akaun anda di Liberty Reserve pula perlu diisi. Bagaimana
anda hendak menambah nilai wang di Liberty Reserve anda? Ya saya gunakan Online Money
Exchanger yang terdapat di Malaysia, salah satunya yang biasa saya gunakan adalah
Evogates.com
berfungsi sebagai penukar wang Ringgit anda kedalam bentuk nilai Liberty Reserve, atau sebaliknya. Ianya mudah untuk dilakakukan dimana anda hanya perlu mendaftar secara percuma di Evogates.com dengan mengisi borang pendaftaran. Dibawah adalah sedikit penerangan berkenaan laman web Evogate.com:


Selepas mendaftar anda boleh menukar matawang Ringgit anda kepada Liberty Reserve dengan cara klik pada bahagian “BUY” seperti dibawah:


Nilai setiap 1 Dolar Liberty Reserve boleh anda rujuk pada bahagian sisi kiri laman web ini:


Anda hanya perlu mengisi borang pembelian yang ringkas dan buat segala pemindahan wang mengikut tertip yang akan tersenarai pada laman web ini. Anda boleh membuat penukaran mengikut nilai yang anda inginkan. Pemindahannya sama seperti dibawah:


P\S:Pertanyaan amat dialu-alukan...tanya tanpa ragu ...

PTC terpantas membayar klik NEWagesurf
Tag : , , , , ,

Cara Menghilangkan Effect Watermark Dari Foto/Gambar

Watermark merupakan salah satu cara untuk melindungi sebuah gambar atau foto. Biasanya foto atau gambar yang diberi effect watermark tersebut adalah barang komersil atau hanya sekadar untuk memberikan identiti pemiliknya.x best la kalau pic yang cantik ade nama plak kan so ikut tutorial neh.

Inpain merupakan salah satu software yang dapat menghilangkan watermark dari foto maupun gambar,download sini. Untuk cara penggunaanya adalah seperti berikut:
1. Jalankan program inpain tersebut setelah selesai di install
2. Buka file dan open >> pilih gambar yang ingin dihilangkan effect watermarknya
3. Berikut contoh gambar yang saya gunakan, perhatikan nama itu yang menunjukkan effect dari watermark masih ada.
4. Setelah menentukan gambar yang ingin diproses, lakukan step tulisan watermark dengan menggunakan rectangle tools atau polygon.


5. Dan berikut adalah hasilnya. Good luck
Tag : , ,

Enjin carian


Seperti kita ketahui bahawa alasan utama untuk menulis di blog adalah bahawa mereka berharap tulisan mereka dapat dibaca oleh orang lain atau blog pengunjung.Banyak orang atau pengunjung akan membuat kita bahagia dan bangga, terutama ketika mereka memberikan beberapa komen pada tulisan kita .Untuk membuat orang datang ke blog kita dan kemudian membaca posting-posting kita adalah tidak mudah. Kita perlukan SEO dalam rangka untuk meningkatkan trafik.
Kita boleh menggunakan banyak cara untuk membuat blog kita terkenal dan mendapatkan banyak trafik, seperti blog walking atau mengunjungi blog lain.Melakukan ping, dan cara yang paling efektif adalah melalui enjin carian.
Ada banyak enjin carian di sini dan baru-baru ini, yang paling terkenal adalah Google, yahoo, dan Msn,Jika kita ingin blog kita dikesan oleh mereka, kita perlu menghantar URL blog kita kepada mereka.
Untuk itu ikuti tutorial di bawah ini.

Sign up di Google
mendaftar di Google sila lawati Google Dan jika anda berada di halaman pendaftaran, anda perlu mengisi borang yang disediakan;
• URL -> Isi di blog URL anda
• Comments -> Isi kata kunci yang berkaitan dengan blog anda.
• Isi kotak kosong dengan kod pengesahan yang sedia.
• Klik Add URL.
• Selesai
setelah kiriman anda ke Google, itu tidak bermakna bahawa blog anda akan memiliki indeks enjin carian Google. Ini akan memerlukan sekitar 3 sampai 4 minggu untuk blog baru anda boleh memiliki indeks. Selepas 3 atau 4 minggu, cubalah anda menaip URL blog anda di enjin pencari Google. Jika blog anda masih tidak dapat dikesan, anda akan harus menunggu selama beberapa minggu lagi, Jika tidak dikesan belum, anda perlu menghantar kembali blog anda sebagai langkah-langkah di atas.

Senarai di yahoo
Untuk mendaftar di yahoo, silakan kunjungi halaman Yahoo Sebelum mendaftar di sini, pastikan bahawa anda mempunyai akaun yahoo.Mengapa anda memerlukan account yahoo. Kerana untuk mendaftar di sini, anda perlu untuk log masuk ke akaun yahoo anda.Jika anda ingin menambah alamat feed anda juga, anda boleh melakukannya di sini. Ingat anda hanya perlu menambahkan atom.xml di belakang URL blog anda untuk mendapatkan alamat feed blog anda, contoh blog ini blog mempunyai alamat feed sebagai berikut http://cderluck.blogspot.com/atom.xml

Daftar Msn
Lawati MSN untuk mendaftar di Msn. Hanya mengisi kod pengesahan dan URL blog anda di kotak yang tersedia, kemudian klik submit dan selesai.Jika anda ingin lebih banyak enjin carian dan URL blog anda boleh dikesan oleh banyak enjin carian, anda boleh menggunakan

site submitter
klik Free webTugas anda adalah hanya menambahkan URL blog anda, dan kemudian menulis e-mel anda. Lalu klik Submit Your Site.
Jika blog anda ingin menjadi lebih terkenal, cuba untuk melakukan ping

- Geng Blogger
- Ping o matic
- Pingler
- Ping my blog




p/s:Jika anda ada penambahan link boleh kongsi bersama.
Tag : , ,

Trik download youtube

Arineh aku nak ajar satu trick yang hanya menggunakan muslihat yang tersangat la senang..
aku akan ajar korang cara download dari youtube tanpa menggunakan apa software pun siap lh convert ke 3GP dan MP4..OK..jom tin tunjukkan..

Mula2 korang mesti la ke youtube dulu..
Pastu korang taip OK antara www. dan youtube.
Contoh:
http://www.youtube.com/watch?v=Ee_8IMx0uMo

masukkan OK antara www. dan youtube..jadikan seperti link dibawah..

http://www.OKyoutube.com/watch?v=Ee_8IMx0uMo

dan yang nih plak kod untuk convert ke 3GP, MP4 dan FLV..

Kod:
Link Untuk Download (FLV) : http://www.OKyoutube.com/watch?v=Ee_8IMx0uMo
Link Untuk Download (3GP) : http://www.3.OKyoutube.com/watch?v=Ee_8IMx0uMo
Link Untuk Download (MP4) : http://www.4.OKyoutube.com/watch?v=Ee_8IMx0uMo

selain itu boleh tukar youtube kepada voobys contoh:

http://www.youtube.com/watch?v=Ee_8IMx0uMo kepada
http://www.voobys.com/watch?v=Ee_8IMx0uMo

Camner???senang saja kan???hehehe..selamat mencuba...hehehehe..
Tag : , , , ,

Tips klik nuffnang

Aku nak kongsikan sedikit tip untuk klik ads nuffnang Patut la selama ni aku pon pelik bila ada blogger tinggalkan mesej dekat shoutbox dan berkata diorang dah klik nuff tapi bila tengok earning tak bertambah pon Klik3 yang akan menjana hasil adalah dari IP Address yang UNIK,
Jika anda klik3 pada blog2 yang mempunyai nuff, tetapi tidak menSHUTDOWNkan
Laptop dan pc anda dan datang semula ke blog yang sama dan mengklik ads yang sama, ini tidak memberi apa2 hasil untuk nuff blog tersebut kerana anda menggunakan IP yang sama,
Apa yang terjadi adalah anda telah menerima banyak klik yang anda tahu dari shoutmix dan chatbox yang lain, tetapi bila lihat hasil mingguan, pendapatan anda tetap rendah lalu anda berputus asa,

Masih tak Faham? Kita lihat contoh dibawah:-

VISITOR memberikan klik ads POTATO kepada BLOG BOM321 pada jam 1PM,
Selepas itu VISITOR membuat BLOGWALKING pada blog2 yang lain untuk memberikan klik pada blog yang lain,
Setelah 3Jam berlalu, kemudian VISITOR membuat BLOGWALKING untuk kali kedua tanpa
menSHUTDOWNkan Pc atau Laptopnya atau Modemnya dan melawat BOM321 semula, apa yang tertera pada ads di BOM321 adalah POTATO dan CIMB ads, lalu VISITOR pun mengKLIK kedua2 ads tersebut apa yang akan dikira pada misi ke-2 VISITOR ini adalah CIMB ads sahaja,kerana Potato Ads telah diKLIK pada jam 1pm, dan IP yang dibawa oleh VISITOR adalah IP yang sama , ini akan ditunjukkan didalam Account Nuffnang anda di View Analitik sebagai PAPARAN bukan UNIK.
Ini yang menjadikan PAPARAN lebih tinggi dari UNIK kerana, yang berpusing di Blog anda adalah IP yang sama.

Untuk Membuat IP unik:

1)OFF Modem 15saat dan ON kembali

2)Right klik pada icon LAN atau W’less Con-->klik repair-->close

3)klik start-->run-->taip “cmd”-->taip “ipconfig/flushdns“-->enter

4)sambung taip--> “ipconfig/release” disini internet anda akan terputus

5)sambung taip-->“ipconfig/renew” disini interner anda akan disambungkan semula

6)pergi pada IE atau firefox buangkan COOKIES

7)restart IE atau firefox

baru lah nuff anda berbaloi-baloi......

Kredit to azilas
Tag : , , , , ,

Delete Avg Manual

Pernah melalui saat?menyakitkan hati begini? Kini anda boleh selesaikannya dengan tips?yang akan aku bagi? Keadaan begini akan terjadi kepada seseorang apabila dia menggunakan antivirus AVG8 dalam PC nya?Kemudian dia hendak uninstall AVG8 dan beralih kepada antivirus KIS2009 yang terkini?Dalam proses install KIS2009, paparan seperti rajah di atas akan muncul?Dan hasrat untuk install KIS2009 terbatal?Kesian kan?
Ok, langkah pertama yang aku sarankan ialah pergi ke control Panel?dan masuk ke add and Remove Programs? seterusnya uninstall AVG8?Kemudian langkah penting, kita perlu delete registry key yang berkaitan dengan AVG8?Langkahnya:
1. Buka Start Menu dan tekan Run? taip regedit dan tekan ok?
2. Tetingkap registry editor akan muncul?
3. Cari HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\AVG, klik kanan dan delete folder AVG?
4. Cari HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Uninstall\AVG8Uninstall, klik kanan dan delete folder AVG8Uninstall?
5. Download CCleaner kat sini dan bersihkan computer dan registry menggunakannya?
6. Masalah selesai, boleh dah install KIS2009 dengan jayanya
Moga semua faham dengan tutorial aku ni?Kalau ada yang tak faham, sila tinggalkan komen?Sekian?
Tag : , , , , ,

Hindarkan Dari 7c & 8g

7'C' yang boleh menyebabkan lelaki hilang minat atau benci kepada seseorang wanita.

1. Comot
Terdapat wanita yang cantik tetapi comot. Comot yang dimaksudkan ini boleh melibatkan wajah seseorang wanita itu, penampilannya yang selekeh, kerja yang dilakukannya serta tindak-tanduknya.

2. Cerewet
Kata ulama hati wanita terletak di mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya.

3. Cemburu Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yang terlampau cemburu sehingga pasangannya merasa terkongkong akan membawapadah kepada perhubungan mereka. Ini memandangkan lelaki akan merasakan dirimereka tidak dipercayai.

4. Cuai
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam tiga tetapi pada masa yang ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, ini akan membuat mereka benci kerana situasi itu.

5. Celupar
Menurut Dr. Fadzilah, wanita yang cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar.

6. Cabul
Cabul di sini membawa maksud keji dan segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak ada malu. Misalnya bergaul bebas dengan lelaki-lelaki yang bukan muhrimnya tanpa menghirau batas pergaulan itu.

7. Cabar
Lelaki mempunyai ego mereka yang tersendiri. Oleh itu mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Misalnya mencabar dengan kata-kata seperti, saya cabar awak... ... ..

8G pada lelaki yang dibenci oleh wanita

1. Garang Garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap kasar, suka marah2 tak bertempat, silap sikit tak boleh.. macam ler dia betul semua, atau seumpamanya.

2. Ganas Kaki pukul, dengan perempuan pun nak tunjuk kuat sebab perempuan bukan lawannya.

3. Gementar Takut sangat, tak yakin diri sendiri, tak percaya kebolehan diri, bergantung pada orang lain dan seumpamanya.

4. Gabrah Tak boleh/pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat perempuan aje, dan sebagainya.

5. Gentleman tiada Langsung Tak gentle, pentingkan diri sendiri, ambil kesempatan dan sebagainya.

6. Gerumal
Bahasa kedah-bohong atau tipu.

7. Ganggo
Keterlaluan Lembut sangat, pemalu sangat, pendiam sangat, macho sangat dan seumpamanya.

8. Gatal
Miang keladi dengan perempuan lain selain dengan isteri sendiri.
Tag : , , , ,

Bila lelaki jatuh cinta

Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas,per ubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yang dianggap Keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya
dilukai. untuk melihat lelaki menangis amatlah payah.


Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh
cinta dengan hebat ialah:
1. Dia bersungguh-sungguh melakukan
sesuatu untuk kekasihnya dengan rela
bukan kerana terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan
keka sihnya dan berubah menjadi orang
yang kuat bercakap.

3. Dia banyak menasihati kekasihnya
kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan
kekasihnya kerana perasaan cemburunya
yang meluap-luap.

5. Dia sentiasa takut kehilangan
kekasihnya.

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan
kekasihnya kerana dia sentiasa berasa
curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain
rapat dengan kekasihnya.

8. Dia mudah merasa cemburu dan
sensitif apabila kekasihnya tidak
menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9. Adakalanya dia seperti seorang anak
kecil yang meminta perhatian kerana
dia mahu kekasihnya melayannya lebih
dari orang lain.

10. Dia menjadi orang yang paling
rajin dan sanggup membantu kekasihnya
melaku kan apa saja.

11. Dia pandai merajuk hati kerana
ingin dipujuk oleh kekasihnya.

12. Dia akan mengelabah apabila
kekasihnya berjauhan daripadanya
terlalu lama.

13. Dia sentiasa mempastikan
kesel amatan kekasihnya.

14. Dia mementingkan kekasihnya
daripa da dirinya sendiri.

15. Dia kerap bertanya adakah
kekasihnya mencintainya kerana dia
merasa kasihnya lebih kuat daripada
kekasihn ya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan
lain yang tidak ada urusan penting
dengannya .

17. Dia cuba meluangkan lebih banyak
masa dengan kekasihnya walaupun
terpaksa menunggu kekasihnya dengan
sabar

18. Dia membanggakan kekasihnya di
depan orang lain.

19. Kalau ditinggalkan oleh
kekasihnya, ia akan berasa serik dan
tidak percaya dengan cinta perempuan
lain namun dia sentiasa mengharap
kekasih nya kembali kepadanya.

20. Apabila timbul orang ketiga, dia
akan hilang akal dan sanggup berbuat
apa saja untuk merebut kembali
kekasihny a.

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai
orang yang paling dipercayainya dan
sanggup menyerahkan harta walaupun
nyawanya sendiri.

22. Dia tidak akan berlaku curang
kepada kekasihnya namun jikalau dia
dia berbuat demikian itu bererti
hatinya belum 100 peratus mencintai
kekasih nya.

23. Bukan semua lelaki sanggup
menitiskan airmata hanya untuk seorang
perempuan .



ADAKAH TEMAN LELAKI ANDA BEGITU??? RENUNGKANLAH.......
Tag : , , , , ,

RaHsiA WaniTa


1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang lukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan ia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So, kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa
Tag : , , ,

Bohong

Bagaimana nak mengenali samada anda sedang dibohong? Tidak kira lelaki atau wanita, kalau dah kaki pembohong tu kawan baik pun digulainya hidup-hidup.Di bawah adalah tip-tip cara mengenali seseorang itu sedang berbohong..

Menyentuh hidung
Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.

Menutup mulut
Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.


Gagap
Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap merupakan tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong. Jadi, jika anda bertanya pada teman lelaki/suami anda dan sidia gagap untuk menjawabnya, maka anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu.

Pergerakan mata
Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu,sekiranya kelipan mata berkurangan dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.

Melengah-lengahkan jawapan
Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.

Resah
Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.

Kesimpulannya, sekiranya kita ingin mengesan sama ada seseorang itu berbohong, kita perlu sentiasa memerhatikan air muka dan gerak badannya dengan teliti. Body language sudah boleh menunjukkan sama ada dirinya berbohong atau tidak. Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkin merupakan tanda orang tersebut berbohong.



Tag : , , ,

50 Tip Rangsangan Anak Bijak

Pakar perkembangan bayi percaya bahawa tahun-tahun pertama kehidupan bayi merupakan tempoh utama pembelajaran berlaku. Anda tidak perlu muzik-muzik klasik, pita-pita belajar bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik baginya ialah ANDA. Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama-sama... jenis-jenis interaksi-interaksi harian begini adalah lebih penting. Namun, kadangkala memang sukar untuk memikirkan cara-cara baru untuk merangsang anak kecil anda (terutama sekali apabila anda tidak tidur malam meredakan tangisannya). 50 aktiviti menarik (dan berdasarkan sains) yg disyorkan ini pasti membuahkan hasil.

1-BERTENTANG MATA

Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adalah yang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya.

2-BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA

Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi.

3-JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN

Lakukan selama mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah, kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi IQnya. Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya..

4-JELIRKAN LIDAH

Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah - ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.

5-HASILKAN BUKU BINATANG
Sekali lagi anda melawat zoo, ambillah gambar-gambar haiwan kesukaannya untuk dialbumkan. Kemudian, 'bacalah' buku itu bersama-sama sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita haiwan.

6-GELETEKLAH BAYI ANDA

Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi. Permainan seperti 'cak cekur' dan 'labah-labah panjat perigi' dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku.

7-TUNJUKKAN PERBEZAAN

Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambar-gambar tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar kelak.

8-BERKONGSI PANDANGAN

Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. "Tengok anak kucing tu." atau "Besarkan pokok ni!" atau "Dengar tak bunyi bomba tu?" - untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.

9-NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA

Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri ("mari kita tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin...."). Mainkan lagu Beethoven atau Beatles... Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik.

10-GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA
Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin.

11-SENTUH DAN RASA
Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya.

12-PERGI MEMBELI-BELAH
Bila anda perlukan rehat daripada menari dan menyanyi, lawatlah pasaraya. Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana menghiburkan bayi.

13-BERI KATA KUNCI

Jika anda berkata, "Mak nak buka lampu ni," sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat.

14-BERI KEJUTAN

Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya.

15-SEDIAKAN BANYAK TISU

Jika bayi anda suka main tisu, biarkan sahaja. Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan biarkan dia mencari.

16-BACA BUKU
Berulangkali. Saintis telah mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan. Ia dipercayai membantunya belajar bahasa.

17-MAIN CAK-CAK

Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia ketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.

18-JANGAN LUPA REHAT
Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk di atas lantai bersama bayi anda - tanpa muzik, tanpa cahaya terang, tanpa mainan. Hanya biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.

19-MAIN DENGAN WARNA

Pilih satu warna dan suruh anak anda cari objek lain yang sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh pula anak memilih warna untuk anda pula mencarinya.

20-BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA
Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur yang berbeza - termasuklah kacang pea dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.

21-ANGKATKAN SAHAJA
Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang mainannya dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri kembali kepadanya walau berapa kali pun dia melakukannya. Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti. Berikan dia beberapa keping kertas atau bola tennis, letakkan besen besar di bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan eksperimennya sendiri.

22-BIAR DIA MEMBEBEL

Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyian aneh yang anda buat.

23-LATIHAN MENEKA

Gunakan beberapa cawan plastic dan sorokkan satu permainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut dan biarkan dia meneka sambil mencari mainannya.

24-BINA LALUAN HALANGAN

Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, kotak atau permainan di atas lantai dan kemudian tunjukkan kepada bayi bgaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut.

25-IKUT RENTAKNYA

Semakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar-benar mengikut apa yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh, merangkak secara terbalik atau ketawa.

26-BUAT MUKA LAWAK

Kembungkan pipi dan suruh anak sentuh hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, poof! Tiupkan ke mukanya. Suruh dia tarik telinga anda dan jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik ketika dia memegang kepala anda. Amalkan rutin yang sama tiga ke empat kali dan kemudian tukar caranya untuk membiarkan anak kembali meneka.

27-RASA SEKELILING ANDA

Berjalan-jalanlah di sekitar rumah dengan mendukung bayi. Letakkan tangannya pada tingkap, kain, daun dan objek-objek selamat yang lain sambil me'label' barangan tersebut.

28-CERITAKAN KISAH DONGENG

Pilih kisah dongeng kegemarannya dan tukarkan nama watak utama ke nama anak supaya dia seronok.

29-BAYANGAN WAJAH

Biarkan bayi anda merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan budak comel yang lain, tetapi dia akan menyukainya bila bayi "yang lagi satu" senyum dan melambai padanya.

30-(KADANGKALA) BIARKAN DIA JADI BOS

Bina keyakinannya dengan memberi peluang untuk dia memilih salah satu daripada dua pilihan: mangkuk berlainan warna ketika waktu makan, contohnya. Dia akan tahu bahawa keputusannya diambil kira - dan boleh berlatih menghafal nama warna.

31-GOYANGKAN BADAN

Ajar anak untuk menari twist dan menjerit, mengepak seperti ayam atau berpusing seperti ballerina.

32-JADILAH TAMAN PERMAINAN

Berbaring di atas lantai dan biarkan bayi anda memanjat dan merangkak di atas anda. Ia lebih murah daripada membeli gymnasium mainan dan lebih menyeronokkan. Anda dapat meningkatkan koordinasi dan kemahiran menyelesaikan masalahnya.

33-KIRA SEMUANYA

Kira berapa banyak blok kayu yang boleh anak anda susunkan. Atau jumlah anak tangga dalam rumah anda. Atau jari jemari tangan dan kakinya. Kira dengan kuat dan pasti dia akan mengikut anda.

34-GUNAKAN MASA BERCERITA SEPENUHNYA

Tunjukkan segala gambar dengan terperinci, dan tanya anak anda segala jenis soalan daripada soalan abstrak ("adik rasa kenapa Pekan nak makan telur tembakul ibunya?") sehinggalah ke soalan konkrit ("Pernah tak adik nampak kucing putih?")

35-TUTUP TV

Bayi anda memerlukan interaksi secara berdepan dengan seseorang yang tidak dapat diberikan oleh rancangan TV, walau sebaik manapun rancangan itu mengajarnya.

36-TUKAR PEMANDANGAN

Tukar kedudukan kerusi makannya di sebelah meja yan lain. Anda dapat mencabar memorinya untuk mengingat di mana hidangan diletakkan setiap kali waktu makan.

37-MAIN PERMAINAN MEMORI WAJAH KELUARGA

Ambil gambar wajah-wajah ahli keluarga yang penting dalam kehidupan bayi anda,buat dua salinan bagi setiap satu gambar - dan anda sudahpun ada satu set kad suai padan. Susunkan ia menghadap ke atas di atas lantai, dan bantu anak anda mencari dua kad yang serupa. Semakin bayi anda membesar, anda boleh mengubah cara bermain dengan menyusunnya menghadap ke bawah (menelangkupkannya).

38-RAKAM VIDEO UNTUKNYA

Tonton video bayi anda mandi buat kali pertama, belajar merangkak, main dengan nenek dan datuk bersama-sama dengannya. Ceritakan kisah video itu untuk mengasah kemahiran berbahas dan memorinya.

39-MAIN HUJAN

Lompat ke dalam lopak air yang besar. Duduk di atas rumput basah bersamanya. Walaupun kotor, ianya menyeronokkan dan merupakan salah satu cara belajar tentang basah dan kering.

40-MENANGKAP SERANGGA

Tunjukkan gambar serangga tidak berbahaya (kumbang ladybird, cengkerik, rama-rama) di dalam majalah atau buku, kemudian pergi ke taman bunga untuk mencarinya.

41-BERGURAU-SENDA

Tunjukkan gambar Pak Cik Mat dan katakan "Ini Ibu." Kemudian akui kebodohan anda dan ketawakan 'gurauan' anda itu untuk membina naluri humour dalam dirinya.

42-MAIN DENGAN PAKAIAN

Biarkan anak anda bermain dengan pakaian lama ayahnya. Cari kembali topi-topi, skarf atau sarung tangan lama. Main permainan olok-olok dan biarkan kreativiti dan imaginasinya membawa anda.

43-AJAR TENTANG ISIPADU
Kumpulkan cawan-cawan atau bekas plastik yang berbeza saiz, dan biarkan anak anda memenuhkan air ke dalamnya. Kadangkala, dia akan hanya menuangkan sehingga setengah penuh. Terangkan kepadanya cawan yang mana lebih besar dan yang mana lebih kecil.

44-HASILKAN ALBUM KELUARGA

Masukkan gambar saudara mara jauh dan dekat, selalulah melihatnya untuk membina memori anak anda.. Sewaktu neneknya menelefon, tunjukkan gambar nenek sewaktu anak bercakap dengannya di telefon.

45-SURUH ANAK MEMBUAT KERJA

Anak kecil boleh membantu mengasingkan pakaian yang ingin dicuci mengikut warna.
Dia juga boleh mengasingkan bajunya di antara baju-baju lain.

46-PERGI KE PERPUSTAKAAN

Ambil peluang bila perpustakaan anda menganjurkan sesi bercerita atau tayangan teater boneka. Selain itu, barisan buku-buku juga pasti tidak menjemukan.

47-CONTOHI CARA SESAME STREET

Khaskan satu minggu untuk satu abjad.. Contohnya, baca buku yang bermula dari A, makan makanan A, potong snek mengikut bentuk A, dan tulis huruf A di halaman luar rumah dengan kapur.

48-MAIN BERULANG-ULANG

Cari semula permainan lamanya sewaktu dia masih bayi. Anda pasti kagum dengan kebolehannya mencari cara baru untuk bermain dengan permainan lamanya itu.

49-MAIN "TIRU-MENIRU"
Merangkak dengan kelajuan yang berbeza-beza supaya anak boleh meniru anda. Berhenti sekali-sekala untuk bermain permainan lain.

50-BERCAKAP TENTANG PERASAAN

Peluklah dia waktu dia ingin tidur dan tanya apa yang membuatkan dia gembira atau sedih hari ini. Apa yang membuatnya marah atau bangga? Anda akan bantu dia memahami apa yang telah berlaku dan cara melabel emosi. Aktiviti ini harus dikekalkan sehinggalah dia masuk Universiti nanti.

Semoga bermenfaat!

Tag : , , ,
 
© ʞɔnlɹǝpɔ | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO