Showing posts with label padan muka. Show all posts
Showing posts with label padan muka. Show all posts

citer bapak dan anak gadisnyer

Seorang bapak memanggil anak gadisnya masuk kedalam bilik. Dialog dia
lebih kurang macam ni la...
> Bapak : Siti, mai sini sat. Bapak nak tunjuk sesuatu ni.
> Siti : Ya bapak, ada apa?
> Bapak : Mai masuk dalam bilik pastu tolong tutup semua tirai tingkap.
> Siti : Apa?!! (isk bapak aku ni..lain macam jerr)
> Bapak : Bapak kata.....
> Siti : Ya bapak, Siti dengar... Cuma Siti tak percaya apa yang bapak kata
> ni.
> Bapak : Betulll. Bapak suruh hang masuk dalam bilik pastu tutup semua
> tingkap.
>
> Siti pun dalam ragu-ragu tu..dia ikut jugak la apa yang bapak dia suruh.
> Sambil tu dok pikir gak laa..apa la bapak dia nak buat, dah la kat rumah
> takder sapa...tinggal diorang berdua jerr.
> Bapak : Okeh... mai duduk sebelah bapak. Heh heh...
> Siti : Eh bapak, Siti kena keluar dari bilik ni. Sat lagi mak balik...abis
> aaaa.
> Bapak : Tak payah risau... mai duduk sini cepat!!! Jangan bagi bapak
> berkasar.
>
> Siti pun terpaksa la duduk jugak...hati dia takleh cakap laa...berdebar
> giler ahhh. Dalam kepala dok terbayang jadi apa la nanti kat dia.
> Bapak : Cantikkk!!! Yiihaaa. Astalavista bebeh. Okeh.. mai masuk dalam
> selimut bapak plak.
> Siti : Apa?!!
> Bapak : Masuk la cepat!!! Dok cakap banyak pulak. Bapak ikat mulut tu
> karang aaa.
> Siti : Bapak... Siti takut laaa. (nak nangis)
> Bapak : Siti, tengok ni
>
> Siti tak sanggup nak tengok...dia pejamkan mata. Dia tahu, bapak dia dok
> buang tebiat. Bapak dia dah gila. Kiranya, bapak dia tunjuk tu konon-konon
> nak intro dulu ler tu. Tapi dalam hati, Siti teringin gak la nak tengok.
> Dia pun bukak la mata sikit-sikit. Dia pun nampak laaaa ........
>
> Bapak : Cantik tak jam G-Shock baru bapak ni. Dia ader cahaya bila gelap.
> Mahal nih!!! Dah, pegi keluar.
Tag : , , , , , , ,

Kisah seorang cleaner

Begini...alkisahnye ... aku ni bekerja di sebuah syarikat yang agak besar. Hampir 2 tahun aku bekerja di syarikat ini..Yelah SPM pun tak lepas, so aku kerjalah sebagai tukang cuci nih. Kiranyer umur aku masih muda lagi.Bergetah lagi orang cakap.

Aku rasa rupa paras aku ok jugaklah sebab lesung pipitlah yang membuatkan senyuman ku mahal. Ramai jugaklah lelaki yang selalu bertandang bersembang denganku ketika aku sedang mencuci lantai di kawasan mereka. Minatlah tu kot. Yang tua pun ada gak. Aku rasa diorang ni minat kat aku.....kadang- kadang nak bermegah pun ada tapi disebabkan kerja ku yang canggeh ni membuatkan aku "very low profile".

Tetapi sekian hari ramai staff disitu yang memuji aku ditempat kerja membuatkan ku teringin melawa. Jadi di atas dorongan dan didikan akak-akak cleaner yang lain... terlawalah aku.Kalau dah lawa nih saham pun naiklah...adalah lelaki yang mengajakku pergi lunch, breakfast,dinner dan adalah waktu smoking hours pun ajak aku berborak kat smoking room....tak mengarut tuh.... tapi aku ni makin lama makin lah terasa saham semakin naik. Ramai jugaklah kerani,pekerja perempuan yang lain irihati dengan aku... tapi peduli apa aku...kerja aku buat gak.

Tapi dalam banyak-banyak lelaki nih aku amat minat seorang mamat nih....handsome bukan main..tapi terpikir gak aku sure ramai gelpren punyerr. So telan air liur ajelah. Pernah jugak aku nampak mamat tu bawak perempuan masuk ke dalam opis dia..tapi aku tak ambik hal lah.... Mungkin hal bisnes kot.... Pernah gak aku cuba berbual denganya tapi dia ni susah
sikit... Jadi aku pun memang menelan air liur.

Dipendekkan cerita,suatu hari.....di malam hari aku overtimelah malam tu........dan dah lewat malam aku off semua lampu-lampu diopis canggih nih...setelah semua opis gelap aku terperasan satu opis lampu tak off lagi..pergilah aku ke tempat tu. Setahu aku, itu opis mamat yang aku minat tu.Aku masuk ke dalam dan ternampak mamat tu sedang membuat kerjanya. Overtime gilerlah ni terfikir didalam hati ku. Mamat tu terperasan aku di pintu opisnyerr... lalu dia senyum... aku pun balas balik lah senyumannyerrr. ..memang mamat ni handsome...Dia bangun dan menjemputku duduk.Nak berborak katanya. Aku yang memang tak buat aper waktu tu pun teringin lak nak berborak ngan mamat ni...setelah sekian lama mencuba...inilah peluang aku bergurau senda.Terkejut jugak aku tengok mamat ini menjeling ke arahku.

Apalah yang mamat ni fikirkan...dan dia datang kearahku.... gabrahh jugak aku...tapi buat tak tau jerr .....terasa seram gak aku....Dan aku dah dapat agak pa yang dia cuba lakukan sesuatu terhadapku di waktu begini yang kesunyian dan tak ada orang nih...dan mamat tu bertanya kepadaku "you free ke malam nih?"..aku mengangguk dan dapat mengagak apakah soalan seterusnyerrr. ..
"Are you ready tonight?" Dan aku terus jerr kata yes.... Peluang keemasanlah katakan..... Lalu mamat tu ke kabinet di belakang mejanya dan mengeluarkan sebungkus plastik hitam...terfikir dihati ku...woow!!!
Well prepared nih.....sure tilam dalam bungkusan plastik tu.......... ......... ......... .....

Dan mamat tu menyerahkan kepada ku.... "Kalau you free malam ni boleh tak you tolong basuhkan semua baju-baju nih, washing machine i dah ???????????? ????????? ????????? ????????? ?
???????????? ????????? ????????? ????????? ????????? ????????? ???
Kau kejam....kejammmmmm m m...Aaaaaaaaaa. ..uuuwaaaaa. ..uuuuwaaaaaa! !!
Tag : , , , , , , ,

betul ke(just for fun)

1) Kumpulan Rock yang telah mengerjakan Haji.
Abang Haji.........KUMPULAN BAJI

2) Penyanyi yang sering fail dalam karangan..sebab guna noktah kat depan
ayat... TITEK PUSPA

3) Penyanyi yang paling demand...
HETTY COST ENDANG

4) Kumpulan yang berasal dari Bukit Gasing
KUMPULAN SPIN

5) Penyanyi yang paling berat dalam sejarah
ABOT (dalam bahasa jawa bermaksud berat)

6) Kumpulan Orang Asli Paling Berjaya
O.A.G (Orang Asli Gombak)

7) Kumpulan yang paling murah menerima bayaran..
SCOIN (pakai syiling jer)

8) Kumpulan Nasyid yang terdiri dari orang jawa
AL-JAWAHER

9) Kumpulan Rock yang Paling wangi
MAY (Bau Sabun)

10) Kumpulan Rock Paling Bahaya
AMUK

11) Kumpulan Rock Yg Terdiri dari Bomoh Professional
MANTERRA

12) Kumpulan Rock yang takut mandi pagi
GIEGIEL

13) Kumpulan Rock yang selalu kena migrain
HEADWIND

14) Kumpulan yang mudah berpecah
KRISTAL

15) Kumpulan Rock yang makan nasi pakai tangan kiri
LEFTHANDED

16) Kumpulan yang ada power
KEMBARA (sebab ader DVVT)

17) Kumpulan yang terdiri dari pesawah
PADI

18) Kumpulan yang paling popular di pagi raya
TOO PHAT

19) Penyanyi kesukaan David Beckam
SITI SARAH

20) Penyanyi yang sentiasa tua
TO'KI

21) Kumpulan yang kejap cantek kejap hodoh...
PRETTY UGLY

22) Kumpulan yang takleh nyanyi kat Europe
METALASIA

23) Kumpulan yang boleh lihat tapi tak leh pegang
4U2C

24) Penyanyi yang tak pernah kena speed trapppp..
MELLY GOESLOW

25) Kumpulan yang sentiasa menyambut 'HARI GURU'
TEACHERS PET

26) Kumpulan yang susah nak sakit
MEDICINE

27) Kumpulan yang berkerjaya tapi pendek umur..
DR. KRONIK

28) Kumpulan yang buat show kat everest
IKLIM

29) Kumpulan yang kena samak apabila di sentuh
BLACK DOG BONE

30) Penyanyi yang paling bengap walaupun dah kaya
PAK PANDER

31) Kumpulan yang paling di hormati
KUMPULAN DEWA

32) Kumpulan yang memperkenalkan Roti Boy di Midvalley
NEW BOYZ

33) Kumpulan yang menggunakan paling popular di jalanraya
KUMPULAN NASYID HIJJAZ ( Honda Jazz tuh...)

34) Kumpulan yang tak akan buat show pada bulan lain kecuali bulan 9..
SWEET SEPTEMBER

35) Kumpulan Paling berani..
KAMIKAZE

36) Kumpulan yang selalu gi konvoi..
XPDC
Tag : , , , , , ,

PANTUN PEDIH & LAGI SEDIH

Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat

Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak 'garis'
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis

Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong

Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah

Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung
Yang faham tuntutan amat beruntung
Taklah bersungut mulut pun muncung

Dah kalau mula minat nak bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa tu 'mendung'
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung

Bertudung itu bukan satu paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan

Asal menutup aurat itu tuntutan
Kalau dianggap susah, tu sebab bosan
Bila hati tak berkenan
Tu yang berjela-jela mencipta alasan

Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Didunia selamat, di akhirat hebat

Dalam tiap perbuatan, kita mulakan dengan niat
Gitu juga bertudung, janganlah konon nak tunjuk
taat
Alamat pahala lebur, dosa bertingkat-tingkat
Mentelah pula berfesyen tak kena tempat

Kita memang hidup dalam era serba maju
Sungguhlah iman tak dinilai just ikut baju
Kalau bertudung tapi pakai yang 'gitu-gitu'
Kita pun susah kenal, manusia ke hantu

Banyak salah faham bila mula bertudung
Maknanya no fesyen-fesyen only the baju kurung
No more pant suit, kebaya or kebarung
Dah kalau gitu lebih baik duduk berkurung

Bertudung bergaya biarlah yg sempurna
Tak jadi bahan kutuk, jangan pula menambah dosa
Pun tak usahlah juga terlebih gaya
Islam itu suka yang sederhana

Kenalah pula kita wanita berkerjaya
Fesyen busana muslimah yang paling kena
Kalau rasa nak letak kaler, tu yang paling asas je
Sebab agama sendiri menggalakan kita selesa

Mn tidaknya, bila bekerja kita bergaul semua
Kalau sendiri memandang muka pun layu je
Orang dok mengata, kita pun rasa terhina
Dah kalau 'put color' jangan macam 'rainbow' pula

Siapa kata kita tak boleh berwarna
Tak caya cuba tengok semua pendakwah-pendakwah kita
Ustazah-ustazah mereka tetap juga bubuh kaler
Taklah sampai mengancam, cuma biar
nmpk 'bernyawa'

Tu sebab kita buat kerja semua dgn niat
Jadi terserah budi bicara tuan punya jasad
Dh kononnya bertudung tapi hati masih jahat
Baik takyah berpura nak tutup aurat

Kalau dah memang rasa nk berubah
Peduli kata orang bukan dia yg susah payah
Asal niat, matlamat dan cara kita istiqamah
Lantak mereka lah kalau nk tergigit lidah

Bersamalah kita mengkaji semula
Pakaian kita yg bgimana gayanya
Andai belum betul-betul bersedia
Janganlah kita mcemar kesuciannya

Andai terasa hidayah menyinggah
Lakukan yg betul mengikut sunnah
Menutup aurat jangan sekali dirasa pyh
Mengapa diperleceh, itukan perintah

Andai dihati redha dan ikhlas
Diwajah Nur terpancar jelas
Wlupun bergaya tak brp'kelas'
Asal Tuhan tahu, diakhirat pengorbanan terbalas

Hrp maaflah kalau terlalu panjang
Bukan sengaja mereka yg bukan-bukan
bpantun seloka bukan setakat hiburan
Yg mna betul jdikan pedoman.
Tag : , , , ,

Kentut

* Orang TIDAK JUJUR Orang yang kalau kentut lalu menyalahkan orang lain.

* Orang BANGANG Orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.

* Orang BERWAWASAN LUAS Orang yang tahu bila harus kentut.

* Orang SENGSARA Orang yang ingin kentut tapi tidak boleh kentut.

* Orang MISTERIUS Orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu.


* Orang GUGUP Orang yang tiba-tiba menahan kentutnya bila tiba masa nak kentut.

* Orang yang PERCAYA DIRI SENDIRI Orang yang selalu mengira kalau kentutnya bau harum.

* Orang SADIS Orang yang kalau kentut di ranjang terus dikibaskan baunya ke ranjang orang lain.

* Orang PEMALU Orang yang kalau kentut tidak bunyi tapi lalu merasa malu sendiri.

* Orang yang STRATEGIK Orang yang menyembunyikan kentutnya dengan tertawa terbahak-bahak biar orang lain tidak dengar.

* Orang BODOH Orang yang kalau habis kentut menghirup nafas untuk mengganti kentutnya yang keluar.

* Orang PELIK Orang yang kalau kentut di keluarkan sikit- sikit, sampai bunyi "tit-tit-tit".

* Orang SOMBONG Orang yang sering mencium kentutnya sendiri.

* Orang RAMAH Orang yang senang mencium kentut orang lain.

* Orang yang tidak senang BERGAUL Orang yang kalau kentut, sembunyi.

* Orang AKUATIK Orang kalau kentut di dalam air sampai bunyi blekuthuk-blekuthuk".

* Orang ATLETIK Orang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalam.

* Orang JUJUR Orang yang mengaku kalau habis kentut.

* Orang PINTAR Orang yang boleh menandai bau kentut orang lain.

* Orang MALANG Orang yang nak kentut tapi terkeluar taik....

Tag : , , ,
 
© ʞɔnlɹǝpɔ | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO