Topup online-->http://www.etopup2u.com/?ref=1216
Daftar sebagai pemandu uber

Fadhilat bulan Syaaban


Syukur ke hadratNYA dan selawat dan salam buat junjungan kita Rasulullah SAW, Alhamdulillah kerana kita masih diberi peluang untuk bernafas dan menikmati keindahan ciptaan-Nya dan bersyukur sekali lagi kita masih diberi peluang untuk sampai ke bulan cintaan Junjungan Besar kita yakni Rasulullah..Bulan Sya'aban bermula dari 13 Julai 2010 hingga 11 Ogos 2010. Marilah kita banyakkan amalan di dalam bulan yang penuh dengan keberkatan ini dan sama-samalah kita terokai dan nikmati kelebihan yang ada pada bulan cintaan Baginda ini.
Sabda Nabi s.a.w. : 'Apabila masuk bulan Sya'aban, baikanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Sya'aban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu'..

Barangsiapa yang berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s. di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Sya’aban, dimudahkan Allah atasnya Sakrotulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada hura-hara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya.

Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Sya’aban dan akhir khamis daripada Sya'aban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah). Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Syaaban. Sabda Nabi s.a.w.: 'Sya’aban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani dan rohani)..'

Sabda Nabi s.a.w.: 'Bahawa puasa Syabaan kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya’aban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezeki baginya..' antara lain sabdanya lagi: 'Bahawa Allah Ta’ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat..'

Sabda Rasulullah s.a.w.: 'Dinamakan Sya'aban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Sya'aban. Pengertian Sya’aban: Kemuliaan, Ketinggian, Kebajikan, Jinak, Cahaya..'

Sabda Nabi s.a.w.: 'Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan Qur’an atas segala kalam. Kelebihan Sya'aban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihanku atas segala Anbia’ (Nabi-nabi). Kelebihan Ramadan atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas sekelian makhlukNya..'

Bulan Sya’aban, keagungan malamnya dengan Nisfu Sya'aban seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya’aban telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya: 'Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yang Allah beri padanya tiga ratus rahmat dan diampunkan Allah sekelian orang yang menyengutukan (syirik) denganNya dengan sesuatu, kecuali: tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak, derhaka terhadap ibubapa..'

Antara kelebihan lainnya, di bawah Arasy, Allah SWT telah mencipta sebuah laut yang amat luas sejauh mata memandang. Di permukaan laut tersebut Allah telah mencipta satu Malaikat yang amat besar. Sayapnya di sebelah kanan sejauh mata memandang dan di sebelah kiri sejauh mata memandang. Setiap kali umat islam berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW pada bulan Syaaban maka malaikat tadi akan turun ke dalam laut tersebut dan akan naik semula sambil mengibas-ngibas sayap-sayap dan bulu-bulu di badannya. Maka akan berguguranlah berjuta-juta titik air dari tubuh malaikat tersebut.

Sekiranya seratus kali umat islam berselawat maka seratus kalilah malaikat tadi akan turun dan naik kembali sambil mengibaskan sayap dan bulu pada tubuhnya. Dari setiap titik air dari tubuh malaikat tadi akan tercipta satu mailaikat lain yang mana setiap satu malaikat yang tercipta akan memohon dari Allah SWT akan keampunan dosa orang yang berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW pada bulan Syaaban sampai hari Qiamat. Sekiranya sejuta titik air yang gugur dari tubuh malaikat tadi maka terciptalah sejuta malaikat yang memohon keampunan orang yang berselawat. Oleh itu rajin-rajinlah berselawat pada bulan Sya'aban yang mulia ini kerana bulan Sya'aban ini adalah bulan Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW dan bulan kecintaan baginda. Semoga kita akan tergolong bersama orang-orang yang mendapat keampunan dan rahmat Allah SWT di akhirat kelak.

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© ʞɔnlɹǝpɔ | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO