1. Dia Memandang Penuh “Liar” : Terdapat perbezaaan antara wanita yang masih solo dengan wanita yang sudah memiliki pasagan iaitu melalui pandangan matanya. Sekiranya anda melihat wanita, matanya meliar melihat sekeliling, sebenarnya dia sedang mencari pasangan yang sesuai. Kalau anda bernasib baik, dia akan memandang anda. Jadi, cuba balas pandangannya, mungkin dia akan terhenti di situ. Bagi wanita yang memiliki pasangan pula, biasanya semasa mereka berada di dalam kumpulan, mereka tidak menunjukkan minat untuk mengenali mana – mana lelaki dan bersikap acuh tak acuh.
2. Dia Tersenyum Ketika Bersemuka Dengan Anda : Mata bertemu mata. Pandangannya tepat ke mata anda. Dengan perasaan malu, dia mengukir senyuman kepada anda. Bukan senang untuk wanita memberikan senyuman kepada lelaki yang tidak di kenalinya. Lainlah jika dia cuba mengenali seseorang lelaki itu. Sekiranya dia tersenyum dan memandang anda tidak berhenti, bermaksud dia mahu mengenali anda. Kesempatan inilah yang perlu anda ambil.
3. Dia Senang Bercakap Dengan Setiap Lelaki : Wanita yang masih belum berpunya biasanya akan berbual dengan ramai lelaki. Sekiranya anda melihat dia bercakap dengan mana – mana lelaki, sebenarnya ini menunjukkan wanita itu jenis yang terbuka dan senang di ajak berbual. Mungkin juga mereka ini bukan jenis yang banyak bercakap tetapi mereka cuba mendekati dan mengenali seseorang lelaki untuk dijadikan pasangan. Apa tunggu lagi, inilah isyarat untuk anda cuba mendekati dan mengenali dirinya dengan lebih lanjut.
4. Dia Cemburu Melihat Pasangan Lain : Sekiranya anda melihat seseorang wanita memerhatikan pasangan lain dengan riak wajah yang sugul, bermaksud dia juga berharap untuk mempunyai pasangan suatu hari nanti. Dia cemburu melihat orang lain sedang berbahagia dan bergembira. Jadi, saat inilah peluang anda untuk menghampiri dan berkenalan dengannya. Mana tahu, jodoh anda dengan dia. Paling penting anda perlu cuba untuk mengenalinya.
P/S jgn usha awek aku k..hahaha
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment